Friday, March 1, 2013

Ujian ALLAH

 
                                                          


Ya Allah kadang kala aku tidak kuat untuk tempuh ujian Mu.Aku lemah, aku rasa putus asa, aku rasa rendah diri, aku rasa dikhianati.Aku tidak tahu untuk berbuat apa-apa selain berdoa pada Mu Ya Allah. Aku tiada siapa-siapa untuk ku luahkan segala masalah ku dan hanya pada Mu Ya Allah.Aku pendam semuanya.Aku tanggung segala keperitan.Susah untuk mengaharapkan dan meminta bantuan daripada orang lain.Kepada Mu ku berharap Ya Allah ringankan bebanan yang diberikan.Aku redha jika ini ketentuan Mu. Aku berharap agar diberi kekuatan untuk menempuh segala rintangan dan cabaran di masa hadapan.Tenangkan hati ku. Kadang-kadang aku tidak berdaya dan hanya mampu pasrah dan menitiskan air mata Ya Allah..Ku bermohon agar diringankan bebanku.Amin ya rabbal allamin...


p/s: hati sedih seorang hamba

Wednesday, January 16, 2013

Hectic Day

                                          
Waaaa.... sangat meletihkan untuk beberapa hari ni. Ni baru ada masa untuk menulis blog. Itu pun curi-curi masa (hehehe). Rasa macam nak tumbang je.Baru aku tau penatnye bekerja.Sebelum ni jadi student master aktiviti aku mcm student la.Bangun lambat pun xpe.Sekarang ni pagi2 da bangun gi fakulti almaklum la aku ni RA (Research Assisstant) prof kan.Prof da la rajin turun lab. Nak xtaknak kena gak turun lab pagi2.Kalo x mati la aku. Aku jadi RA dari 8 pagi-5 petang. Gaji pun prof bayar ikut hari aku bekerja.Boleh la nak sara kehidupan aku ni.hehehe..


Keje aku ngadap benda alah kat atas ni "mikroskop".Tiap2 hari aku ngadap pakcik ni..Sakit da tengkuk..huhu. Pastu mengadap benda alah yang kecik halus mulus tu..aduh stres.

Then malam setiap selasa, rabu ngn Jumaat (7-9 pm) aku jadi cikgu tuisyen kat Desa Ilmu, Kota Samarahan.Alhamdullialah.Rezeki. Pagi selasa aritu pemilik pusat tuisyen tu call aku suh aku jadi cikgu tuisyen then aku terima je la.Aku memang suka mengajar jadi cikgu ni .hehehe..nak jadi cikgu betol xdapat cikgu tuisyen pun boleh la.Aku kena mengajar Math and Science untuk primary school..seronok ajar budak2 tu.Semuanya rajin2 dan dengar kata.

                                                         
Balik malam pulak aku buat pembetulan thesis aku.Penat2 pun terpaksa buat sebab ni last stage aku nak dapatkan segulung master aku tu.xsabar da nak habis..xlama lagi.Kadang2 hilang semngat sebab letih sangat badan.Tapi apakan daya aku kena buat gak. Macam gambar kat bawah la gaya aku bila da penat sangat..hehehe..

                                                           

Padat kan jadual aku setiap ari.Kerja da 8 pagi hingga 9 malam untuk mencari secupak nasi (nyampah plak dengar).hehehe..Lepastu wat thesis plak.xpa aku redha.mana tau nanti ada rezeki aku nanti bila da dpt master tuhan bagi aku kerja yang best dan gaji besar.Masa tu xda la penat sangat membanting tulang ngn gaji yang kecik macam sekarang. InsyaAllah..Amin.


Ok la.Nanti aku sambung tulis lagi.Nak sambung balik buat kerja :) xoxo

Thursday, January 10, 2013

Happy New Year 2013!!!!





Waaaa...da berabuk da blog saya ni..lama betol x update blog.Sekarang ni busy sangat-sangat lagi2 masuk tahun baru ni. Hope saya xterlambat nak wish Happy New Year kat you all semua even hari ni da 10hb kan...hehehe...semoga tahun ini segala cita-cita dan impian kita semua tercapai.Masing-masing mesti ada azam kan? azam tahun baru saya tahun ni :

1) Nak jadi lebih matang (sbb umur da 26 kn)hehe..
2) Nak dapat kerja yang bagus.
3) Nak kahwin.lama da tunggu saat ni..(mode gatal)
4) Nak gi vacation kat oversea..(australia,japan,turkey,Bali,Bandung --> kena simpan duet la)
5) Nak tolong mak ayah.
6) Sentiasa berfikiran positive (lantak la apa orang nak cakap kt kita)
7) Jadi lebih rajin dan bersemangat. (xmau da bnyak tido)
8) Kuruskan badan mcm dulu (sekarang da montel gilerr!!)
9) Betulkan thesis cepat2 and konvo september/october this year!!!
10) Xmau marah2 lagi..hehe


Wah bnyak betolkan azam tahun baru saya ni.Hope semuanya tercapai..amin..


=> ok la tu je entry tok kali ni..see you again.. xoxo :)


Tuesday, August 16, 2011

MY NIKE SANDAL COLLECTIONS

Hai everyone!!!Lama x update this blog. Now i want to share with u all my NIKE collections. Sebenarnya saya ni pantang je nampak barang-barang NIKE sure nak beli lagi-lagi kalo sandal. When I wear this sandal I feel confident, comfortable and elegant..hehehe..All this sandal ada yang I beli time sale so xda la mahal sangat..hehe...

My first NIKE sandal...Masih ada lagi sampai now tapi dahkoyak2 sket..tp saya tetap syg this sandal...hope sandal ni masih bertahan...

My second sandal...da kepam color die..hehe..xpenah basuh lagi...comfort pakai this sandal...looks cute...beli  sandal ni time ada sale...lupa da berapa harga..hehehe...

I beli this sandal coz ada sale...hehe..50% discount tu...this sandal  like my first sandal. I want to give this to  my younger brother Fifi...hope he like it..

Ni sandal baru je beli..belum pakai lg...its looks elegance due to pink and black color combination...sandal ni  my love yang pilih.coz die suka tengok color ni..hehe...

Friday, July 1, 2011

Gathering with Kam ,Shikin and Mr. Aizen..

What a wonderful day aku dapat jumpa balik kawan2 skola aku. Lagi-lagi shikin..aku xjumpa die since kte org hbs skola dlu. Kam aku ade gak jupe sbb die study kt UNIMAS...hehe..Best dpt lepak2 ngn shikin and kam kat The Spring ditemani oleh my sweet heart Mr.Aizen..hehe..Lepak2 tengok wayang pastu kami gi makan..best2..bila agaknye aku dapat jupe ngn kawan2 aku yg laen Batch 0004 ni eh?rindu sngt2 kt dorg..huhuh...



Tuesday, May 31, 2011

Jalan-Jalan Cari MAKAN~

Laksam
Salmon special maki & Tempura maki
Beef mama grill
Tilapia mama grill
sweet & sour chicken wing
p/s: yummy...sedapkan semua food kat atas tu..tp makan kena beringat..hehe..tepuk dada tnya selera..

Friday, February 11, 2011

Nak DIET ???

Ni ada tips untuk orang-orang yang nak diet then sekali gus dapat menjaga kesihatan kita...

1. Makan sarapan berasaskan bijirin contohnya makan oat, conflakes, roti gandum dan lain2. Elakkan sarapan yang berat-berat macam nasi lemak.

2. Tambah protein dalam sarapan seperti telur separuh masak, sosej atau ikan. Ada kajian menunjukkan individu yang makan banyak ketika sarapan akan berasa lambat lapar sehingga waktu tengahari.'

3. Lapar sebelum waktu makan? Makan snek sihat bg mengelakkan kamu lapar sebelum sampai waktunya. Makanlah biskut jenis serat tinggi dan buah-buahan di mana ia juga snek sihat yang bagus.

4. Kurangkan gula dalam minuman dan makanan. minuman dan makanan yang manis boleh meyebabkan kegemukan dan mengundang pelbagai jenis penyakit. Jika anda bancuh minuman dengan tiga sudu gula kurangkan menjadi dua, jika anda bancuh 2 sudu kurangkan jadi satu. Banyakkan minum air kosong.

5. Kurangkan makanan berminyak. Jika kamu makan makanan yang berminyak seperti roti, kuih dan lain-lain, lapkan ia dengan tisu agar minyak-minyak yang berlebihan dapat diserap sedikit. Minyak yang berlebihan dalam makanan bole menyebabkan penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Kalau boleh ambil makanan yang direbus dan dikukus.

6. Ubah saiz hidangan. Ambil sarapan dengan jumlah yang besar kerana dapat membekalkan tenaga untuk digunakan seharian, semasa makan tengahari  jika makan nasi, kurangkan nasi dan lebihkan sayur -sayuran.Jangan ambil makanan malam dengan jumlah yang banyak. Buah-buahan juga perlu ada untuk setiap setiap masa  makan tengahari dan malam.

p/s: tepuk la dada tanya la iman :)