Friday, February 11, 2011

Nak DIET ???

Ni ada tips untuk orang-orang yang nak diet then sekali gus dapat menjaga kesihatan kita...

1. Makan sarapan berasaskan bijirin contohnya makan oat, conflakes, roti gandum dan lain2. Elakkan sarapan yang berat-berat macam nasi lemak.

2. Tambah protein dalam sarapan seperti telur separuh masak, sosej atau ikan. Ada kajian menunjukkan individu yang makan banyak ketika sarapan akan berasa lambat lapar sehingga waktu tengahari.'

3. Lapar sebelum waktu makan? Makan snek sihat bg mengelakkan kamu lapar sebelum sampai waktunya. Makanlah biskut jenis serat tinggi dan buah-buahan di mana ia juga snek sihat yang bagus.

4. Kurangkan gula dalam minuman dan makanan. minuman dan makanan yang manis boleh meyebabkan kegemukan dan mengundang pelbagai jenis penyakit. Jika anda bancuh minuman dengan tiga sudu gula kurangkan menjadi dua, jika anda bancuh 2 sudu kurangkan jadi satu. Banyakkan minum air kosong.

5. Kurangkan makanan berminyak. Jika kamu makan makanan yang berminyak seperti roti, kuih dan lain-lain, lapkan ia dengan tisu agar minyak-minyak yang berlebihan dapat diserap sedikit. Minyak yang berlebihan dalam makanan bole menyebabkan penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Kalau boleh ambil makanan yang direbus dan dikukus.

6. Ubah saiz hidangan. Ambil sarapan dengan jumlah yang besar kerana dapat membekalkan tenaga untuk digunakan seharian, semasa makan tengahari  jika makan nasi, kurangkan nasi dan lebihkan sayur -sayuran.Jangan ambil makanan malam dengan jumlah yang banyak. Buah-buahan juga perlu ada untuk setiap setiap masa  makan tengahari dan malam.

p/s: tepuk la dada tanya la iman :)

No comments:

Post a Comment